Sunday, June 20, 2010

Kerja Mudah



Tarikh : 6 June 2010 - 19 June 2010
Tempat : Perkampungan Sukan Malaysia UiTM Melaka
Masa Kerja : 12 am - 12 pm
Gaji : Sehari RM30
Penginapan : Blok Jebat
Makan : Dewan Temenggong
Pengangkutan : Sendiri

setiap hari bermula jam 12 am aku akan berada di bilik gerakan di Dewan Syahbandar dan akan duduk mengacau orang yang aku tidak kenal sehingga jam 2 am aku akan pergi ke mamak di depan UiTM untuk menonton perlawanan piala dunia sehingga habis. kira-kira jam 4 am aku akan balik ke bilik gerakan untuk 'tunjuk muka' dan bermain daun 'uno'. kadang-kadang aku menonton movie di laptop sehingga jam menunjukkan pukul 7, aku akan pergi bersarapan di Dewan Temenggong dan selepas bersarapan aku akan balik ke bilik untuk tidur. bermakna masa kerja aku tidak cukup 12 jam dan aku mendapat bayaran RM30 sehari. begitulah rutin harian aku sehingga berakhirnya Sukan Malaysia (SUKMA). memang BERBALOI!!!


1 comment:

miSz cHa said...

org banyak keje..
ko yg mudahkan keje..
ish3......