Wednesday, August 25, 2010

PUMA PAULISTA




akhirnya...penantian termakbul... kasut idaman!

Sunday, August 15, 2010

alasan orang tak PUASA!

GASTRIK
ini alasan paling popular dari dulu, kini dan selamanya. Padahal macam-macam ubat da ada kat pasaran.

TAK SAHUR
kononnya tak sahur perut tak boleh tahan lapar. alasan ni macam lebih kurang gastrik la jugak.

LUPA
alasan ni selalu kedengaran pada hari pertama puasa.

TIDUR
kononnya bangun je tido dah tiba waktu berbuka tapi rupa-rupanya baru masuk waktu asar.

TAK CUKUP UMUR
ni la alasan paling mengada-ngada. umur da tua tapi kata tak cukup umur.

KERJA TERUK
ni alasan bagi yang kerja berat. macam kerja kt tengah panas terik macam buruh binaan ngan pesawah ladang.

TAK SENGAJA

seperti terkorek hidung atau mase mandi terminum air. da tau tak sengaja takpela, ni tak, terus je makan nasi...BENDE BASIC!haha

Saturday, August 14, 2010

Percampuran Perasaan

dalam risau aku menyasau.
dalam ribut aku kelam-kabut.
dalam kusut aku menyusut.
dalam penantian aku menunggu!

Friday, August 13, 2010

SELAMAT berpuasa!


puasa satu kewajipan bagi semua umat ISLAM untuk menunaikan tanggungjawab di mukabumi ini. berpuasa mengajar kita untuk menjadi insan yang bertaqwa di samping mendekatkan diri kepada YANG MAHA ESA. oleh itu puasalah bagi yang berkemampuan!

Thursday, August 12, 2010

Thursday, July 29, 2010

waka waka

xde mood la...asik kenekan budak umah sendiri ngan orang yang berada di sekeliling...huhuhuhu

Sunday, June 20, 2010

Kerja Mudah



Tarikh : 6 June 2010 - 19 June 2010
Tempat : Perkampungan Sukan Malaysia UiTM Melaka
Masa Kerja : 12 am - 12 pm
Gaji : Sehari RM30
Penginapan : Blok Jebat
Makan : Dewan Temenggong
Pengangkutan : Sendiri

setiap hari bermula jam 12 am aku akan berada di bilik gerakan di Dewan Syahbandar dan akan duduk mengacau orang yang aku tidak kenal sehingga jam 2 am aku akan pergi ke mamak di depan UiTM untuk menonton perlawanan piala dunia sehingga habis. kira-kira jam 4 am aku akan balik ke bilik gerakan untuk 'tunjuk muka' dan bermain daun 'uno'. kadang-kadang aku menonton movie di laptop sehingga jam menunjukkan pukul 7, aku akan pergi bersarapan di Dewan Temenggong dan selepas bersarapan aku akan balik ke bilik untuk tidur. bermakna masa kerja aku tidak cukup 12 jam dan aku mendapat bayaran RM30 sehari. begitulah rutin harian aku sehingga berakhirnya Sukan Malaysia (SUKMA). memang BERBALOI!!!


STUDYORWORK?

pening jugak memikirkan masalah yang melanda diri aku.

aku tidak diberi pilihan langsung untuk menentukan masa depan aku.

ikutkan hati memang aku nak kerja.

tapi parent aku suruh study selagi boleh.

tolonglah faham perasaan ini.

bukannya aku tak nak study tapi course yang aku dapat tu aku tak minat.

kalau aku dapat course yang aku minat, tak payah suruh aku sendiri yang pergi study.

kalau nak kerja ada saja peluang tapi adakah diri aku ni benar-benar sudah bersedia.

kata orang ibubapa tu penting so aku dengar cakap parent aku.

kalau degree aku tidak menjadi jangan salahkan aku kerana aku TERPAKSA.

Sunday, May 23, 2010

Puisi dan penulisan pemikir-pemikir SISI SENI

ZINE pertama SISI SENI, mneghimpunkan barisan penulis dan pemikir muda SISE.
Akan di lancarkan bersama beberapa Zine lain, di ANNEXE GALLERY pada 13JUN 2010, jam 5 hingga 7.


Juga akan diadakan sesi pembacaan petikan daripada Zine,
dan sesi jualan.
Jangan lupa dapatkan.


SISA SE SAAT, ringan dan nipis. Tetapi isinya terus ke dalam ruang.

Sarat dengan hasil penulisan aku dan beberapa pemikir-pemikir otak geliga lain iaitu

Nadia Zalika
Abul Juyahir
Eezat Asyiq
Michi Nizam
Param
Aqlil Aizat
Nadia
Askarsusu




Laporan cuaca, hari ni cerah, esok hujan, lusa cerah balik.
Bumi dah terketar-ketar.
Matahari dah dekat.
Bumi hanya tinggal SISA.
SE SAAT sahaja tunggu masa.

Thursday, May 20, 2010

10 cara mengelak TERTIDUR semasa MEMANDU


tertidur semasa memandu? kat sini ada cara untuk mengelakkan dari korang terlelap...
  • pastikan yang duduk di sebelah korang seorang yang kuat membebel.
  • jangan memandu seorang diri. kalau boleh bawak budak di bwah usia 5 tahun.
  • elakkan dari mendengar lagu-lagu yang berentak perlahan dan membosankan.
  • pasang radio kuat-kuat. kalau boleh lagu rancak.
  • letakkan gambar yang berwajah garang dan bengis di depan dashboard.
  • letakkan juga foto-foto kemalangan ngeri di setiap sudut kereta korang.
  • jangan letak sebarang bantal di dalam kereta korang.
  • ikut jalan yang banyak signboard untuk korang baca.
  • jangan basuh kereta selama mana yang mungkin dan pastikan bau kereta dengan kaki tidak ada perbezaan.
  • nampak signboard R&R terus je singgah dan tidurlah secukupnya.. jangan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
aku bukannya ape...sebab aku yang rajin nak tertido mase memandu...lagi-lagi kalau waktu malam...mata ni macam dah tak boleh nak handle dah...asyik nak tertutup je...lagi-lagi kalau dengan aircond terpasang...puh layan...aku ade gak banyak pengalaman mase drive waktu malam...bukan pengalaman seram...mase aku tengah drive waktu malam aku pernah ternampak pokok yang rendang dekat tengah-tengah jalan raya...mase tu aku memang mengantuk sangat...pening jugak kepala aku...dari jauh aku dah perlahankan kereta...adoyai pelik betol...pastu ni lagi satu cerite best...sama jugak situasi tapi aku nampak lori parking menyimpang dekat tengah jalan highway...tak pelik pulak...dari jauh aku dah maki-maki lori tu...sekali dah dekat je rupanya lori tu parking tepi jalan...rupa-rupanya aku mengantuk...bahaya memandu mase mengantuk ni...macam-macam bende pelik boleh nampak...so mase mngantuk jangan memandu...INGATLAH ORANG TERSAYANG...

Wednesday, May 19, 2010

Do it!


Sukarnya untuk kau hadir
Kau pergi tanpa pengetahuan
Mencari bukannya mudah
Hilang dalam sekelip mata

Kau penting dalam duniaku
Kau ibarat permata hatiku
Sesekali kau menyinggah aku tersenyum
Pergimu aku kecewa dan menangis

Disebabkan kau manusia bergaduh
Disebabkan kau manusia membenci
Disebabkan kau manusia lupa diri
Disebabkan kau manusia hilang jati diri

Setiap manusia memerlukanmu
Kau mempunyai kepentingan sendiri
Di mana sahaja kau berguna
Bolehkah kebahagiaan dibeli dengan DOIT!

-aizat-
RM TUNAI

Tuesday, May 18, 2010

Ruang Kecil

di ruang kecil
aku kembali lagi
terbaring
menatap setiap yang berlaku

di ruang kecil
menjadi tempat berteduh
dari panas dan hujan
tanpa merungut

di ruang kecil
aku mencari idea
tidak kira waktu
mengenali diri

di ruang kecil
menjadi peneman
melepas rindu
saat aku memerlukanmu

di ruang kecil
aku mencari jati diri
yang telah lama pergi
belum lagi kutemui

di ruang kecil
mengimbau kenangan lalu
saat sedih dan duka
aku tempuhi jua

di ruang kecil
semuanya bermula
tidak kira siapa
semuanya sama

aku terus mencari
sehingga ke lubang cacing sekalipun
sehingga hatiku puas
di ruang kecil

-aizat-

Crazy Jokes

Card

Haidar : can people tell the future through the card?

Naim : yes, my dad looks at my report card and tells me what is going to happen when

we get home………!!

TV

Ali : I was on TV today….

Jehan : what, you on TV? You are kidding, right? How long were you on TV?

Ali : well, not too long…, when my mom saw me sitting there, she made me to get off!

Jehan : damn you!

Late

Kamal : why are you late?

Samad : someone had lost RM 10.

Kamal : so, you help him find it?

Samad: no, I stepped on his ten ringgit till he was gone.

Jauh Berjalan Luas Pemandangan

ari ni perjalanan aku sangat jauh kerana aku sekeluarga kecuali kakak aku pergi ke Pahang Darul Makmur sebab kematian anak sedara abah aku.

AL-FATIHAH kepada arwah.

dia menghidap penyakit hepatitis iaitu hati mengecut kalau tak silap aku.

arwah meninggalkan seorang isteri, 3 orang anak iaitu farhan, hayat dan najwa.

perjalanan ke Pahang mengambil masa 4 hingga 5 jam mengikut cara pemanduan.

perjalanan tidaklah membosankan kerana sepanjang jalan mengadap laut yang luas terbentang.


Monday, May 17, 2010

Budak Baru Belajar (3B)


assalamualaikum wbt.

aku pertama kali menginvolvekan diri dengan blog kerana aku rasa blog ni cambest.

ramai kawan-kawan aku yang ade blog.

keinginan untuk mempunyai blog sendiri memang dah lame tapi tak berkesempatan.

harap bole tunjuk ajar supaya menjadi lebih berjaya.

terima kasih.